RI-storation 2.0
RI-storation merupakan salah satu cabang daripada 7 (tujuh) portfolio di bawah kerangka kerja Dar Al Qari Resources (DAQR).
RI-storation merupakan salah satu cabang daripada 7 (tujuh) portfolio di bawah kerangka kerja Dar Al Qari Resources (DAQR).
RINURTURE 2.0 ini telah dianjurkan sekali lagi dengan misi dan visi yang sama di mana memfokuskan tentang pendedahan Al Quran, selain membantu mengenal huruf-huruf dan makna ayat Al Quran serta menanam rasa minat yang mendalam untuk mendekati dengan Al Quran.
09hb August 2023, penajaan program umrah buat kali ke – 3 yang diadakan selepas kejayaan penganjuran MusafiRI 1.0 bersama saudara-saudara muallaf pada September 2022 dan MusafiRI 2.0 bersama kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies pada Disember 2022.
Program PRIhatin Banjir 2.0 ini telah dianjurkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Selatan, iaitu negeri Johor dengan dana sebanyak RM30,000.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
RI-ed.U merupakan satu inisiatif JaRIah pihak Dar Al Qari Resources (DAQR) dirangka khusus membantu para pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan terutamanya dari keluarga asnaf fakir dan miskin mengikuti dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelancaran RIlief 3.0 telah diadakan pada 18 Februari 2023 bersamaan 27 Rejab 1444 yang juga merupakan hari peristiwa Israk & Mikraj
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran penerima negeri Johor di Opero Hotel, Johor Bahru yang juga penerima agihan pertama Rllief 3.0 ini iaitu 10 daripada 30 orang penerima pek makanan dan 1 rumah kebajikan (Asrama Kebajikan Ar Rayyan).