PROJEK YAYASAN RI

 
 

DAR AL-QARI

Projek sulung Yayasan RI di mana penubuhannya adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat mempelajari Al-Quran dan kemudahan ini disediakan secara percuma. Menerusi platform ini, dengan keizinanNya, pihak-pihak yang berinfaq akan Allah gandakan ganjaran-Nya dan dengan amal jariah inilah ‘saham’ yang akan terus mengalir pahalanya sejajar dengan objektif utama Yayasan RI.

RIlief 4.0

Projek tahunan RIlief 4.0 kali  ini mensasarkan golongan sasaran yang baharu iaitu Golongan Kelainan Upaya. Seramai 230 orang individu dan 26 buah rumah kebajikan yang terpilih sebagai penerima RIlief 4.0 mengikut kategori sumbangan masing-masing. Kategori sumbangan yang pertama ialah sumbangan wang tunai RM300.00 dalam tempoh setahun, bermula dari Mac 2024 hingga Februari  2025 yang diterima oleh 85 calon. Kategori sumbangan pek makanan beserta wang tunai RM250.00 turut diserahkan kepada 109 penerima. Bagi kategori sumbangan alat bantuan, termasuk wang tunai RM250.00 telah diagihkan kepada 36 penerima. Manakala diseluruh negeri, tajaan barangan terapi dan pembelajaran,tajaan projek khas, insentif penghargaan kepada pengajar dan penjaga pula diserahkan kepada 11 buah Institusi Kebajikan 

RINurture 2.0

RINURTURE 2.0 ini telah dianjurkan sekali lagi dengan misi dan visi yang sama di mana memfokuskan tentang pendedahan Al Quran, selain membantu mengenal huruf-huruf dan makna ayat Al Quran serta menanam rasa minat yang mendalam untuk mendekati dengan Al Quran. Golongan sasaran kali ini adalah komuniti Orang Asli. Dengan kelulusan dan kerjasama dari pihak JAKOA, Perbadanan Taman Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Yayasan RI dapat meneruskan projek ini di beberapa perkampungan orang asli yang terpilih.

RIMBA TARIM

Satu projek yang sangat istimewa dan penuh impak yang akan dibangunkan dengan pembinaan satu institusi yang berasaskan keindahan kota alghanna di Ulu Yam, Selangor. Institusi ini merangkumi kelas pengajian Al-quran serta program-program dowra (kursus intensif) khususnya kepada golongan dewasa dan juga warga emas yang memerlukan pengisian tentang penyediaan ilmu akhirat.

Projek

AHLI SN