DAR AL-QARI

Dar Al-Qari merupakan wadah dalam merealisasikan hasrat pengasasnya yang ingin melihat literasi al-Quran dikalangan masyarakat.

‘Al Qari’ merupakan cetusan idea hebat bermatlamatkan amal dan jaRIah. Ianya diterjemahkan dalam bentuk penyediaan prasarana dan perkhidmatan yang komprehensif bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar dalam memartabatkan kedudukan dan kemuliaan kalamullah iaitu Al-Quran sebagai aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.

Daripada Uthman bin Affan, bahawa Nabi saw bersabda “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Imam Bukhari). Baginda Nabi saw juga dalam satu hadis lain bersabda “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Dar Al-Qari merupakan wadah dalam merealisasikan hasrat pengasasnya yang ingin melihat literasi Al-Quran di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan mereka-mereka yang telah terlepas kesempatan mempelajari, mendalami dan mentadabburi kitab suci Allah ini.

Atas kesedaran ini, selaku ‘brain child’ Al-Qari, YBhg. Dato’ Hj. Rizalman bin Ibrahim melalui Yayasan RI telah menyuntik dana permulaan sebanyak RM1 juta tanda komitmen beliau dalam usaha dakwah ini bagi memastikan ianya berjaya dari aspek perancangan, perlaksanaan dan objektif penubuhan Al-Qari.

Dar Al Qari Resources (Dar Al-Qari) melalui pusat-pusat pengajiannya yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari atau ringkasnya Dar Al-Qari ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang bagi mempelajari ilmu Al-Quran dengan fokus utama kepada golongan dewasa.

Dengan kewujudan Al-Qari, inshaAllah akan menarik mereka untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan seterusnya istiqomah dalam membaca, mentadabburi seterusnya memahami dan beramal dengan isi kandungan Al-Quran. Semoga dengan usaha Yayasan RI yang sedikit ini dapat memberi manfaat yang besar buat mereka-mereka yang mengikuti pengajian di Al Qari disisi Allah.

VISI & MISI

  • Misi
    1. Mengenalpasti golongan dewasa yang tidak mempunyai ilmu asas pembacaan Al-Quran, ketidaklancaran dari segi pembacaan dan kefasihan dalam bacaan.
    2. Menyusunatur jadual pembelajaran secara fleksibel bagi membolehkan golongan ini berkesempatan mengikuti kelas-kelas Al-Quran.
    3. Menarik seramai mungkin golongan dewasa menyertai kelas-kelas yang ditawarkan.  
  • Visi
    1. Beriltizam menjadi peneraju utama dalam penyediaan prasarana pembelajaran ilmu Al-Quran untuk golongan dewasa di negara ini. 
    2. Menjadikan pembacaan Al-Quran secara istiqomah sebagai rutin harian sebagai tanda cinta kepada Allah dan Nabi saw.
    3. Menjadikan Al-Quran teman setia menjelang usia tua sebagai persiapan bertemu dengan Allah swt. 
    4. Menjadikan ilmu yang berkait dengan Al-Quran sebagai ilmu pilihan utama diusia tua.

SOALAN LAZIM

Boleh mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui platform instagram untuk mengetahui sesi saringan yang diadakan. Boleh juga ‘walk in’ ke Dar-Al Qari untuk mengetahui lebih lanjut. Bagaimanapun bergantung kepada kekosongan.

Syarat umur minima adalah 18 tahun dan ke atas.

Bergantung kepada silibus DAQR dan kemampuan pelajar.

Pelajar yang ingin mengikuti kelas di DAQR harus memilih jadual yang telah disusun oleh
pihak kami mengikut tahap kebolehbacaan masing-masing iaitu: Qiraati, Nazira dan Tilawah.

Setiap permohonan dengan resume yang lengkap beserta tauliah mengajar yang sah hendaklah dihantar terus ke alamat e-mail kami.

Calon-calon tenaga pengajar perlu sekurang-kurangnya memiliki tauliah mengajar dari pihak berkuatkuasa agama negeri masing-masing dan memiliki ijazah/diploma/sijil syahadah/sijil khatam Al quran dari mana-mana institusi yang diiktiraf.

Cawangan Dar Al-Qari:

DAR AL QARI KUALA LUMPUR

24A, Jalan Padang Walter
Grenier Off Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur

DAR AL QARI JOHOR

No. 29, Jalan Seharum 5,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Pasir Gudang, Johor

DAR AL QARI PULAU PINANG

AKAN DATANG

SUMBANGAN
KEPADA DAR AL-QARI

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

Dar Al-Qari

jawatan