POLISI PEMBATALAN DAN PEMULANGAN SUMBANGAN KEPADA YAYASAN RI

  • Setiap transaksi sumbangan yang telah ditolak daripada akaun bank / kad kredit / kad debit penyumbang adalah muktamad, tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh dipulangkan kembali kepada penyumbang.
  • Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh Yayasan RI dari semasa ke semasa.
  • Sila hubungi Yayasan RI untuk maklumat lanjut di: Yayasanri71@gmail.com

TERMA DAN SYARAT

Sila baca dengan teliti maklumat di bawah sebelum menggunakan laman web ini.

 

SYARAT MENGAKSES

Akses laman web ini dibenarkan oleh Yayasan RI dan perwakilannya tertakluk kepada syarat yang berikut:

 

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.

 

Rujukan kepada ‘anda’ ialah rujukan kepada orang (-orang) yang mengakses laman web ini. Rujukan kepada ‘kami’ ialah rujukan kepada Yayasan RI. Tajuk-tajuk di sini dimasukkan semata-mata untuk rujukan sahaja.

 

Maklumat, material, fungsi dan kandungan yang dibekalkan dalam laman web ini dan Syarat Akses seperti dinyatakan di sini boleh dipinda dari masa ke masa, dengan atau tanpa notis, atas budi bicara Yayasan RI. Bagaimanapun, di mana perbezaan atau pindaan tersebut adalah mengikut pendapat kami, cukup penting dan membawa kesan yang besar terhadap pengaksesan anda ke laman web ini, kami akan memberitahu anda tentang perbezaan atau pindaan tersebut dengan memberi anda tujuh (7) hari notis terdahulu melalui paparan pada laman web kami atau melalui kaedah lain yang sama seperti kami fikirkan wajar, melainkan jika kami tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan di luar kawalan kami. Di mana perbezaan adalah berkaitan Syarat Pengaksesan ini, akses berterusan anda ke laman web selepas perbezaan tersebut akan dianggap sebagai persetujuan anda dan anda terikat oleh nya.

 

KELAKUAN ANDA

Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan Yayasan RI atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sekuriti sistem internet Yayasan RI atau sebaliknya yang menyalahi undang-undang.

 

PENAFIAN WARANTI DAN LIABILITI

Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.

 

SKOP KEGUNAAN LAMAN WEB

HAK CIPTA 

Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh Yayasan RI. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis Yayasan RI. Anda juga tidak boleh, tanpa kebenaran Yayasan RI, memasukkan hiperpautan ke laman web ini pada lain-lain laman web, dirangka atau “cermin” mana-mana bahan yang terkandung pada laman web ini pada lain-lain pelayan.

Semua teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta Yayasan RI dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga. Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula atau mengguna sebatang kandungan tersebut. 

 

Tiada kebenaran hak

Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.

 

PAUTAN

Pautan ke laman lain

Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.

 

MESEJ SEKURITI

Mesej dihantar atas risiko pengguna

Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada Yayasan RI atau sebarang mesej yang dihantar oleh Yayasan RI kepada anda melalui Internet.

 

LAIN –LAIN

Tiada Penepian

Kegagalan Yayasan RI untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.

 

Kebolehasingan

Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan Yayasan RI lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.

 

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

Dengan mengakses laman web ini dan / atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia:

  • akan merangkum akses tersebut dan penyediaan perkhidmatan sebegini, dan
  • akan terpakai dalam tafsiran terma dan syarat ini.