SOALAN LAZIM

Ketahui info info lanjut mengenai Yayasan RI di halaman ini.

SOALAN LAZIM

Ketahui info info lanjut mengenai Yayasan RI di halaman ini.

Sumbangan kepada Yayasan RI akan digunakan untuk mencapai objektif penubuhannya selain menerajui Pusat Pengajian Al-Quran Al Qari di bawah kelolaan Dar Al Qari Resources selaku projek sulungnya dan membiayai mana-mana aktiviti-aktiviti yang seiring dengan objektif Yayasan RI.

Umumnya, Yayasan RI akan menyantuni kesemua pihak yang layak dibantu. Melalui pemerhatian dan kaji selidik yang teliti, Yayasan RI dengan sedaya upaya akan memastikan tiada golongan yang tercicir. Anda boleh memaklumkan jika sumbangan adalah secara hibah. Jika anda ingin membantu golongan pilihan anda boleh memaklumkan Yayasan RI atau menyatakan nama projek kelolaan Yayasan RI untuk golongan sasaran anda. Yayasan RI akan meneliti setiap pandangan dan cadangan daripada penderma.

Tiada had minimum dan maksimum untuk setiap sumbangan dibawah Yayasan RI.

Senarai penerima JaRIah akan ditentukan oleh pemegang amanah dan pengurusan pihak Yayasan RI sendiri berpandukan objektif penubuhannya serta projek-projek kelolaan Yayasan RI atau secara usahasama.

Sebarang pertanyaan boleh ditanya terus di ruangan “Hubungi Kami” pada laman web Yayasan RI.

Yayasan RI masih dalam proses untuk mendapatkan pengecualian LHDN dan sekiranya diluluskan akan dimaklumkan kelak.

Yayasan RI hanya menerima hibah atau wakaf yang cukup syarat dan menepati keperluan Yayasan RI sahaja. Anda boleh menghubungi kami untuk usulkan pemberian hibah atau wakaf.

Pihak Yayasan RI akan umumkan sekiranya penerimaan zakat boleh dibuat, dan sebarang bayaran zakat tidak diterima secara terus melainkan melalui kolaborasi dengan badan-badan tertentu.