KENYATAAN PRIVASI

Ini adalah Dasar Privasi Yayasan RI untuk Penyumbang kami.

KENYATAAN PRIVASI

Bagaimanakah Yayasan Ri ini berfungsi ? Ketahui info info lanjut mengenai Yayasan RI di halaman ini.

Ini adalah Dasar Privasi Yayasan RI untuk Penyumbang kami.

Pendahuluan

Yayasan RI komited untuk melindungi dan menghormati data peribadi anda dalam talian untuk memproses, mentadbir dan / atau mengurus perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda, semestinya kami perlu mengumpulkan, menggunakan, memindahkan data peribadi anda. Kenyataan Privasi ini adalah untuk menjelaskan praktik kami mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahan, dan perlindungan data peribadi anda di bawah undang-undang privasi yang tertakluk kepada perkhidmatan kami.


Kami mungkin perlu menyemak semula atau memperbaharui Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang disemak / diperbaharui di Platform kami yang sedia ada. Kecuali dinyatakan sebaliknya, sebarang semakan atau kemas kini akan berkuat kuasa secara serta-merta. Akses dan / atau penggunaan Platform dan / atau Perkhidmatan kami yang berterusan atau berurusan dengan kami setelah semakan atau kemas kini kepada Dasar Privasi ini merupakan persetujuan anda terhadap Dasar Privasi yang telah disemak atau dikemaskini.

Oleh itu, kami berharap anda meluangkan masa untuk membaca Dasar Privasi ini. Sila baca Dasar Privasi Yayasan RI untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda. Dengan memberikan kami maklumat peribadi, anda setuju dengan Dasar Privasi ini, dan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan, dan pemprosesan informasi peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.


Dengan melayari laman web Yayasan RI dan / atau menggunakan aplikasi Yayasan RI, anda mengakui persetujuan anda terhadap Dasar Privasi ini.

Apa yang perlu anda jangka dari kenyataan privasi ini?

Dasar Privasi ini akan menerangkan:

  • Apakah data peribadi dan jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan
  • Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
  • Kepentingan menyediakan data peribadi yang sah
  • Bagaimana kami menyimpan maklumat peribadi anda
  • Mengakses / Mengehadkan / Mengubah data peribadi anda
  • Perubahan Penyataan Privasi
  • Maklumat perhubungan

Apakah data peribadi?

Istilah “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan orang yang dikenal pasti atau orang yang dapat dikenal pasti.

Jenis Data Peribadi yang kami kumpulkan dari anda atau dari pihak ketiga bergantung pada keadaan pengumpulan dan jenis perkhidmatan yang diminta atau transaksi yang dilakukan. Maklumat peribadi apa yang anda kumpulkan dari kami mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut:

  • Maklumat peribadi termasuk nama, tarikh lahir, umur, nombor kad pengenalan, bukti pengenalan termasuk nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, lesen memandu
  • Maklumat hubungan termasuk nombor telefon / faks dan alamat e-mel
  • Maklumat pembayaran seperti butiran bank, butiran kad kredit / debit, dan lain-lain
  • Maklumat teknikal
  • Data statistik

Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda?

Secara amnya, data peribadi akan diberikan oleh anda atau dikumpulkan oleh kami sebelum kami dapat memberikan perkhidmatan dan memastikan sistem berjalan lancar. Data peribadi anda mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:

  • Daftar atau ubah maklumat peribadi anda di laman web kami
  • Layari laman web dan muat turun dan gunakan aplikasi kami
  • Lakukan sebarang aktiviti di laman web atau dalam aplikasi kami
  • Menyertai mana mana kaji selidik kami
  • Hubungi atau berinteraksi dengan kami untuk menyampaikan aduan / maklum balas / cadangan atau yang lain yang berkaitan dengan kami melalui mana-mana medium yang sesuai
  • Di bawah perjanjian atau kontrak lain
  • Hubungi atau berinteraksi dengan kami untuk menerima perkhidmatan sokongan melalui mana-mana medium yang sesuai

Kepentingan menyediakan data peribadi yang sah

Keperluan untuk anda memberikan data peribadi kepada kami adalah penting dan diperlukan untuk tujuan komunikasi dan untuk perkhidmatan kami. Kegagalan memberikan data peribadi anda seperti yang diminta mungkin menyebabkan kami tidak dapat terus memberikan anda perkhidmatan yang diminta dan agar data yang anda berikan sentiasa dikemas kini. Sehubungan itu, anda harus memaklumkan sebarang perubahan sehingga kami dapat mengemaskini rekod kami. 

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda?

Kami menggunakan data peribadi anda mungkin untuk tujuan berikut

  • Untuk mengesahkan identiti anda
  • Untuk tujuan mengakses, memproses dan mengemaskini akaun anda
  • Untuk tujuan mentadbir dan menguruskan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda
  • Untuk menyiasat dan menjawab tuntutan dan pertanyaan daripada anda
  • Untuk menyediakan mesej peringatan transaksi anda
  • Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan diri anda dan/atau pengguna lain
  • Untuk pengesahan, semakan, mengesan dan mencegah aktiviti penipuan
  • Untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan.

Bagaimana kami menyimpan data peribadi anda?

Kami mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi data peribadi anda dari pihak kami, kami akan mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, dan pentadbiran yang dirancang untuk memberikan perlindungan yang wajar bagi Data Peribadi anda daripada penyalahgunaan, gangguan, dan kerugian; akses, perubahan atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Di samping itu, kami menguruskan data anda dengan cara berikut; 

  • Mendaftarkan semua orang yang dibenarkan masuk
  • Mengawal dan menyekat akses berdasarkan keperluan
  • Menyimpan rekod yang mencukupi untuk akses dan pemindahan Data Peribadi

Langkah-langkah keselamatan termasuk firewall, enkripsi data, kawalan akses fizikal ke pusat data kami, dan kawalan kebenaran akses maklumat. Walaupun kami berdedikasi untuk memastikan keselamatan sistem dan Perkhidmatan kami, anda bertanggung jawab untuk melindungi dan menjaga privasi kata laluan anda dan maklumat pendaftaran akaun / profil dan mengesahkan bahawa Data Peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat dan terkini. Kami tidak bertanggung jawab untuk melindungi sebarang Data Peribadi yang kami kongsi dengan pihak ketiga berdasarkan sambungan akaun yang telah anda benarkan.

Mengakses/Menghadkan/Mengubah suai data peribadi anda

Anda boleh menuntut dengan kami untuk mengakses maklumat data peribadi anda, menyekat pemprosesan data peribadi anda dan bahkan mengubah data peribadi anda dengan log masuk ke laman web atau aplikasi kami atau menghubungi perkhidmatan sokongan kami di yayasanri71@gmail.com.

Untuk makluman anda, tuntutan maklumat peribadi anda bergantung pada jenis maklumat yang diminta dan jika diizinkan oleh undang-undang, kami akan berusaha untuk menunaikannya. Walau bagaimanapun, kami juga berhak bertindak untuk menyiasat dan mengesahkan semua tuntutan untuk pengesahan. Kami berhak untuk menolak tuntutan untuk mengakses data peribadi anda dalam keadaan yang ditentukan oleh undang-undang (di bawah seksyen 32 PDPA)

Maklumat penting anda perlu tahu?

Perubahan kenyataan privasi

Sila beri maklum bahawa Dasar Privasi ini mungkin akan diubah dari masa ke semasa untuk memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berlaku dan setiap perubahan yang mungkin terjadi pada anda. Anda digalakkan untuk melayari laman web kami dari semasa ke semasa untuk membaca Dasar Privasi terbaru kami.

Maklumat Perhubungan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, atau mempunyai pertanyaan lebih lanjut, atau ingin membuat aduan atau akses data atau membuat pembetulan berkenaan dengan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di yayasanri71@gmail.com atau anda boleh menghubungi kami di (6) 03 2141 6149.

* Dasar Privasi ini dikemas kini terkini pada Januari 2021