
RINURTURE
Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program
RI-ed.U merupakan satu inisiatif JaRIah pihak Dar Al Qari Resources (DAQR) dirangka khusus membantu para pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan terutamanya dari keluarga asnaf fakir dan miskin mengikuti dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kelulusan dana sebanyak RM300,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu Sahaja) dari pemegang Amanah bagi menaja kos pembelajaran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih dalam bentuk biasiswa mengikuti cabang ilmu Pengajian Islam dibeberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Penajaan dalam bentuk biasiswa yang merangkumi yuran pengajian, bantuan sara diri, buku serta lain-lain keperluan yang berkaitan. RI-ed.U hanya menumpukan tajaan dalam bidang ilmu Pengajian Islam seperti pengajian ilmu Al Quran dan hadith, syariah, usuluddin, falak, muamalat dan lain-lain.
Program ini juga merupakan satu usaha DAQR membelanjakan harta-harta yang telah diJaRIahkan ke jalan yang benar-benar memberi pulangan dan manfaat besar kepada penerima dan penderma. Penerima biasiswa ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran dengan mengikuti program:
Matlamat Program
14hb Mac 2023 – Sekitar Majlis Penyerahan Biasiswa Mock Cheque kepada 15 pelajar dibawah tajaan DAQR / YRI
Majlis bersama Universiti Teknologi MARA – UiTM
9hb Oktober 2023 / 23 Rabiulawal 1445H (Isnin) termeterai perjanjian MOU antara DAQR dan Universiti Teknologi Mara (UiTM ACIS) yang bertempat di Dewan Mutammar 1, Masjid UiTM Shah Alam
dan Majlis Watiqah Perlantikan Prof Adjung oleh YBhg Dato’ Hj Rizalman bin Ibrahim.
Penajaan geran penyelidikan berkaitan cabang ilmu Pengajian Islam ini melibatkan pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan pengajaran pembangunan pelajar dan institusi penyelidikan serta mempromosikan maklumat dan aktiviti pihak lain dalam skop Memorandum Persefahaman di laman web masing-masing (ini tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu bagi pengunaan mana-mana logo atau tanda dagangan).
Bidang Kerjasama MOU untuk geran penyelidikan antara DAQR dan 5 IPTA terpilih:
5 Institusi – IPTA yang terpilih bagi penajaan Geran Penyelidikan adalah seperti berikut:
9hb Oktober 2023 / 23 Rabiulawal 1445H (Isnin) – Majlis Watikah Perlantikan Prof Adjung oleh YBhg Dato’ Hj Rizalman Bin Hj Ibrahim dan Signing MOU Geran Penyelidikan di UiTM ACIS Shah Alam.
11hb Oktober 2023 / 25 Rabiulawal 1445H (Rabu) termeterai perjanjian MOU kerjasama antara DAQR dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertempat di Executive Lounge, Aras 5, Canselori USIM.
Turut sama hadir di Majlis Menandatangani Memorandum persefahaman ini adalah YBhg. Prof. Dato’ TS. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia bersama-sama dengan YBhg Dato’ Hj Rizalman Bin Hj Ibrahim selaku Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan RI / Dar Al Qari Resources.
APLIKASI QURAN ISYARAT MESRA KOMUNITI OKU PEKAK PERTAMA DUNIA
USIM melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) mengambil inisiatif meneroka kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Quran melalui inovasi inklusif ini semenjak tahun 2017. Ia bertujuan memenuhi tuntutan Fardu Kifayah dalam memberi ruang dan peluang komuniti Pekak mengenal, menghafaz, membaca dan menjelaskan isi kandungan Quran berasaskan potensi dan kelainan upaya belajar mereka.
Pembangunan Aplikasi Quran Isyarat pertama seumpamanya ini merupakan hadiah buat komuniti OKU Pekak yang terdiri daripada bahagian Tilawah (Bacaan berbantukan Isyarat Kod Tangan Quran dan Transliterasi Makhraj) dan Terjemahan (Terjemahan mesra OKU Pekak dan video terjemahan berbantukan Juru Bahasa Isyarat Malaysia). Aplikasi Quran Isyarat boleh diakses secara percuma melalui platform Android dan iOS dengan menaip ‘Quran Isyarat’.
Pada 19 April 2022, aplikasi ini telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai satu-satunya aplikasi Quran mesra komuniti OKU Pekak. Pembangunan Aplikasi ini turut mendapat kelulusan penggunaan isyarat Kod Tangan Quran oleh Lembaga Pengawalan, Pelesenan dan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri dan kelulusan Panel Pakar Syariah (PPS) di Bahagian Penyelidikan, JAKIM. Turut menyokong usaha ini adalah NGO OKU iaitu, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH).
Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program
Program PRIhatin Banjir 2.0 ini telah dianjurkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Selatan, iaitu negeri Johor dengan dana sebanyak RM30,000.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
09hb August 2023, penajaan program umrah buat kali ke – 3 yang diadakan selepas kejayaan penganjuran MusafiRI 1.0 bersama saudara-saudara muallaf pada September 2022 dan MusafiRI 2.0 bersama kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies pada Disember 2022.
RI-ed.U merupakan satu inisiatif JaRIah pihak Dar Al Qari Resources (DAQR) dirangka khusus membantu para pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan terutamanya dari keluarga asnaf fakir dan miskin mengikuti dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Pihak Yayasan RI telah turut serta
Projek Wakaf Telaga Asnaf dengan menyumbangkan sebanyak 10 unit telaga di Kemboja
Kuala Lumpur: Bersempena dengan Ramadan yang akan menjelang bulan April nanti, buat julung kalinya satu projek kerjasama Yayasan RI dan Dar Al Qari Resources bakal dilancarkan.
Program Rilief dilanjutkan dengan Program Ramadan Rilief 2021 di bulan yang penuh keberkatan ini