MUSAFIRI 4.0

Penajaan program umrah buat kali ke 4 yang diadakan selepas kejayaan penganjuran MusafiRI 1.0 bersama saudara-saudara muallaf pada September 2022 dan MusafiRI 2.0 bersama kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies pada Disember 2022. dan MusafiRI 3.0 pada August 2023 pihak Dar Al Qari Resources (DAQR) telah membawa calon-calon daripada golongan pengali kubur, pemandi jenazah dan muazzin. InsyaAllah bertitik tolak dari tiga program ini, ianya akan menjadi satu program tahunan anjuran DAQR.

Program Umrah MusafiRI 4.0 kali ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM378,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Lima Ratus Ringgit) bagi membiayai kos penajaan mengerjakan umrah seramai 35 orang jemaah yang terpilih dibawah Program MusafiRI 4.0.

Atas permintaan Pengasas dan Pemegang Amanah 1 DAQR, Dato’ Hj. Rizalman Bin Hj Ibrahim calon-calon tetamu Allah untuk siri ke 4.0 ini sekali lagi dipilih dari kalangan muazzin, siak, pengali kubur dan pemandi jenazah. Calon-calon siri 4.0 kali ini adalah dari zon Selatan yang meliputi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kriteria Calon MusafiRI 4.0 :

  • Calon-calon yang tidak pernah mengerjakan haji atau umrah
  • Golongan asnaf / tidak berkemampuan
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dan keatas dalam bidang yang diceburi
  • Umur linkungan 45 tahun dan ke atas
  • Tidak mempunyai penyakit kronik

Antara Program-Program Umrah MusafiRI 4.0 adalah :-

  1. Lawatan ke pusat pengurusan jenazah di Mekah bagi melihat sendiri cara pengurusan jenazah jemaah haji / umrah yang meninggal di Haramain.
  2. Daurah Meneladani Perjuangan Rasulullah.
  3. Daurah Saidatina Khadijah Inspirasi Muslimah Akhir zaman.
  4. Daurah al-Quran Kitab Rabbani Bekalan Akhir Zaman – Syafaat Akhirat.
  5. Daurah Tadabbur Mukjizat al-Quran dalam kehidupan ummat Islam
  6. Daurah Sayyidina Abu Bakar sahabat dunia akhirat
  7. Taddabur al-Quran – Kemuliaan berdamping bersama Kalamullah

Program Daurah yang julung kalinya ini pihak DAQR telah berkolaborasi bersama Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dipimpin oleh Dr. Mohd A’Tarahim Bin Mohd Razali Ketua Pusat Pengajian al-Quran & al-Sunnah dan Dr. Nadhirah Binti Nordin Timbalan Dekan Akademik & Siswazah.

Lawatan ke Pusat Pengurusan Jenazah Al Mohagereen Funeral Home, Mekah.

Jemaah Umrah MusafiRI 4.0 juga di bawa menziarahi beberapa tempat di Mekah dan Madinah (Antaranya di Bukit Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan Jabal Nur & Badar – di Mekah dan Ziarah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud, Maqam Syudaha’ Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain – Madinah)

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►

MUSAFIRI 4.0

AHLI SN