RINURTURE 2.0

RINURTURE 2.0 ini telah dianjurkan sekali lagi dengan misi dan visi yang sama di mana memfokuskan tentang pendedahan Al Quran, selain membantu mengenal huruf-huruf dan makna ayat Al Quran serta menanam rasa minat yang mendalam untuk mendekati dengan Al Quran. 

Golongan sasaran kali ini adalah komuniti Orang Asli. Dengan kelulusan dan kerjasama dari pihak JAKOA, Perbadanan Taman Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Negeri Perak, Yayasan RI dapat meneruskan projek ini di beberapa perkampungan orang asli yang terpilih :-

1) Kg. Sungai Tiat, Cameron, Pahang

2) SK RPS Dala, Gerik, Perak

3) SK POS Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

4) Kg. Kepau Laut, Pulau Carey, Selangor

5) Kg. Tanjung Tuan, Mersing, Johor 

6) Kg. Sungai Tiang, Tasik Banding, Perak

Antara barangan atau kit sumbangan yang telah diberikan kepada penerima adalah seperti Kit Ibadah yang mengandungi Al Quran, Iqra’, sejadah, kain pelikat dan telekung. Pihak Yayasan RI juga membuat penyerahan Kit Barangan Kelengkapan Sekolah yang disertakan sekali dengan beg sekolah, alat tulis, pensel warna dan fail. Selain itu mereka juga diberikan Kit Penjagaan dan Kebersihan diri. 

Komuniti orang asli ini turut disantuni dan didekati dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pengenalan huruf hijaiyah, rukun Islam dan rukun iman, pendedahan berkenaan kewajipan menunaikan solat fardhu serta diberi penerangan berkenaan halal dan haram. Melalui pendekatan yang lebih kasual ini, pihak Yayasan RI disambut baik dan mereka sangat ramah malah menunjukkan sifat ingin tahu. Biarpun keadaan mereka yang lebih terpinggir, mereka mempunyai rasa minat dan sifat yang ingin tahu selain memajukan diri. Banyak yang dapat dipelajari melalui program ini dan orang-orang asli ini turut diajar tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Dengan usaha jihad kali ini diharapkan dapat menyemai rasa minat bagi lebih mengenali dan memahami intipati ayat Al Quran dalam komuniti Orang Asli serta membantu mereka untuk terus istiqamah dalam mengubah cara hidup kearah yang lebih baik berlandaskan dengan ajaran agama Islam. 

GALERI BULETIN

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

RINURTURE 2.0

AHLI SN