BULETIN

Aktiviti terkini dan kegiatan di bawah kelolaan Yayasan RI di sepanjang penubuhannya.

 

MusafiRi 4.0

Penajaan program umrah buat kali ke 4 yang diadakan selepas kejayaan penganjuran MusafiRI 1.0 bersama saudara-saudara muallaf pada September 2022 dan MusafiRI 2.0 bersama kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies pada Disember 2022

INFO LANJUT ►

RIlief 4.0

Projek tahunan RIlief 4.0 kali ini mensasarkan golongan sasaran yang baharu iaitu Golongan Kelainan Upaya. Golongan ini adalah individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mereka ini mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat

INFO LANJUT ►

RINURTURE 2.0

RINURTURE 2.0 ini telah dianjurkan sekali lagi dengan misi dan visi yang sama di mana memfokuskan tentang pendedahan Al Quran, selain membantu mengenal huruf-huruf dan makna ayat Al Quran serta menanam rasa minat yang mendalam untuk mendekati dengan Al Quran.

INFO LANJUT ►

MusafiRi 3.0

09hb August 2023, penajaan program umrah buat kali ke – 3 yang diadakan selepas kejayaan penganjuran MusafiRI 1.0 bersama saudara-saudara muallaf pada September 2022 dan MusafiRI 2.0 bersama kakitangan Rizalman Ibrahim Group of Companies pada Disember 2022.

INFO LANJUT ►

PRIHATIN BANJIR 2.0 × NUZUL AL QURAN

Program PRIhatin Banjir 2.0 ini telah dianjurkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Selatan, iaitu negeri Johor dengan dana sebanyak RM30,000.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

INFO LANJUT ►

RI-ed.U

RI-ed.U merupakan satu inisiatif JaRIah pihak Dar Al Qari Resources (DAQR) dirangka khusus membantu para pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan terutamanya dari keluarga asnaf fakir dan miskin mengikuti dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

INFO LANJUT ►

RILIEF 2023

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran penerima negeri Johor di Opero Hotel, Johor Bahru yang juga penerima agihan pertama Rllief 3.0 ini iaitu 10 daripada 30 orang penerima pek makanan dan 1 rumah kebajikan (Asrama Kebajikan Ar Rayyan).

INFO LANJUT ►

RINURTURE 1.0

Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.