RILIEF 2021

Susulan perasmian Program RIlief di ibu negara Mac yang lalu, Program RIlief dilanjutkan dengan Program Ramadan RIlief 2021 di bulan yang penuh keberkatan ini.

Berikut adalah rentetan agihan yang dirakamkan sepanjang perjalanan program yang diadakan untuk persiapan Ramadan kepada insan-insan bertuah yang disantuni oleh pihak Yayasan RI, Dar Al-Qari dan sukaRIlawan.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Qabisah bin Mukhariq Al-Hilali r.a,dia berkata, Rasullullah SAW bersabda ,

“Hai Qabisah,sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan. Pertama, orang yang menanggung hutang, untuk mendamaikan dua orang yang saling bersengketa, atau seumpamanya.Maka, orang itu boleh meminta-minta sehingga hutangnya lunas. Jika hutangnya telah lunas, tidak boleh lagi dia meminta-minta.”

“Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW besabda, “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”

ZON UTARA : 1-3 APRIL 2021

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

ZON PANTAI TIMUR: 3-5 APRIL 2021

TERENGGANU

PAHANG

KELANTAN

ZON SELATAN: 6-7 APRIL 2021

TERENGGANU

PAHANG

KELANTAN

ZON TENGAH: 8-10 APRIL 2021

SELANGOR

SARAWAK & SABAH: 10 APRIL 2021

SARAWAK

SABAH

“RAYA RILIEF 2021”

Hadis riwayat Ibnu Abbas RA yang menyatakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya amal yang paling disukai Allah SWT setelah melaksanakan berbagai hal yang wajib adalah menggembirakan muslim yang lain," dan menurut kitab Al' Athiyyatul Haniyyah: "Barang siapa yang membahagiakan orang mukmin lain, Allah Ta'ala menciptakan 70,000 malaikat yang ditugaskan memintakan ampunan baginya sampai hari kiamat sebab ia telah membahagiakan orang lain."

Tidak lengkap jika hanya persiapan Ramadhan sahaja disediakan. Pihak Yayasan RI meneruskan kesinambungan Program RIlief dengan Raya RIlief 2021. Pek Raya RIlief ini dilengkapi dengan kelengkapan solat, kuih raya dan turut disertakan duit belanja persiapan raya. Agihan bagi program Raya RIlief ini hanya dibuat di Semenanjung sahaja memandangkan agihan di Sabah dan Sarawak telah pun disempurnakan dengan persiapan raya yang diselitkan semasa agihan Ramadhan RIlief. Antara detik-detik yang direkodkan sepanjang Program Raya RIlief.

ZON SELATAN: 23-24 APRIL 2021

MELAKA

JOHOR

NEGERI SEMBILAN

ZON TENGAH: 22,25 & 26 APRIL 2021

SELANGOR

ZON PANTAI TIMUR: 27-29 APRIL 2021

TERENGGANU

PAHANG

KELANTAN

ZON UTARA: 30 APRIL, 1-3 MEI 2021

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

Harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan di masa hadapan dan jariah orang ramai berpanjangan pahalanya. Pihak Yayasan RI dan Dal AL-Qari ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti Rizalman71FanClub (RIFC) dan SukaRIlawan yang turut menjayakan Program Raya RIlief kali ini. Sehingga jumpa di program yang akan datang, InsyaAllah.

GALERI BULETIN

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►
SATU HARI , SATU MASJID

Dengan izin Illahi, Program SATU HARI SATU MASJID yang diilhamkan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah Utama telah dijayakan buat julung kalinya sejak bulan Ogos 2024. Program ini dilakukan serahannya secara berkala setiap hari untuk masjid-masjid dan surau-surau yang dinamakan di seluruh negara.

SABIL MUHARRAM 1446H

Kepergian kedua Pemegang Amanah Yayasan RI untuk menunaikan ibadah umrah pada kali ini lebih bermakna apabila jaRIah disampaikan dalam bentuk agihan makanan atau ‘Sabil’ kepada muslimin dan muslimat di sana

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

QARI INTERNATIONAL, LIVERPOOL

Satu Majlis Perasmian Qari International, Liverpool telah dijalankan dan dirasmikan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah 1 di bumi United Kingdom bertempat di Rumah Komuniti Malaysia (MCH), Liverpool.

INFO LANJUT ►

SATU HARI , SATU MASJID

Dengan izin Illahi, Program SATU HARI SATU MASJID yang diilhamkan oleh Pengasas dan Pemegang Amanah Utama telah dijayakan buat julung kalinya sejak bulan Ogos 2024. Program ini dilakukan serahannya secara berkala setiap hari untuk masjid-masjid dan surau-surau yang dinamakan di seluruh negara.

INFO LANJUT ►

SABIL MUHARRAM 1446H

Kepergian kedua Pemegang Amanah Yayasan RI untuk menunaikan ibadah umrah pada kali ini lebih bermakna apabila jaRIah disampaikan dalam bentuk agihan makanan atau ‘Sabil’ kepada muslimin dan muslimat di sana

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

RILIEF 2021

AHLI SN