PROGRAM PENAJAAN UMRAH MUALAF

Umrah pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah syarak yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah dan saei diantara Safa dan Marwah dengan ihram (Rujuk Al-Mausu’ah al Fiqhiyyah, 30/314). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan Umrah adalah wajib atau fardhu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu melakukannya. Firman Allah SWT “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Al Baqarah: 196. Penajaan program Umrah ini adalah julung kalinya diadakan semenjak penubuhan Yayasan RI (YRI) pada November 2020. Ianya merupakan program ibadah sebagai persiapan kepada para bakal-bakal duyufurrahman bagi perlaksanaan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji ke Baitullah.

Ianya juga bagi memberi peluang kepada saudara baru kita kesempatan beribadah di dua daripada tiga masjid yang paling mulia disisi Islam iaitu Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Projek ini telah diperuntukkan belanjawannya sebanyak RM190,000.00 Program tajaan Umrah Mualaf 2022 – MusafiRI telah berlangsung dari 14hb – 25hb September 2022 dan melibatkan seramai 16 orang mualaf tepilih dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia ( PERKIM ) Cawangan Wilayah Persekutuan, 3 orang dari Badan Kebajikan Rumah Warga Emas Darul Hanan, Pulau Pinang. Turut serta 2 orang mutawif dan 1 orang wakil dari Dar Al Qari Resources.

Firman Allah SWT “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Al Baqarah: 196

GALERI BULETIN

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

RINURTURE

Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program

INFO LANJUT ►
PRIHATIN BANJIR 2.0 × NUZUL AL QURAN

Program PRIhatin Banjir 2.0 ini telah dianjurkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Selatan, iaitu negeri Johor dengan dana sebanyak RM30,000.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

INFO LANJUT ►
RILIEF 2023

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran penerima negeri Johor di Opero Hotel, Johor Bahru yang juga penerima agihan pertama Rllief 3.0 ini iaitu 10 daripada 30 orang penerima pek makanan dan 1 rumah kebajikan (Asrama Kebajikan Ar Rayyan).

INFO LANJUT ►
RINURTURE

Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

RILIEF 2022

Kuala Lumpur: Bersempena dengan Ramadan yang akan menjelang bulan April nanti, buat julung kalinya satu projek kerjasama Yayasan RI dan Dar Al Qari Resources bakal dilancarkan.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.