PERASMIAN AL-QARI

‘Al Qari’ merupakan cetusan idea hebat bermatlamatkan amal dan jaRIah. Ianya diterjemahkan dalam bentuk penyediaan prasarana dan perkhidmatan yang komprehensif bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif agar dapat memenuhi keperluan kumpulan sasaran dalam memartabatkan kedudukan dan kemuliaan kalamullah iaitu Al-Quran sebagai aktiviti pembelajaran sepanjang hayat.

Dar Al-Qari merupakan wadah dalam merealisasikan hasrat pengasasnya yang ingin melihat literasi Al-Quran dalam kalangan masyarakat terutamanya di kalangan mereka yang telah terlepas kesempatan mempelajari, mendalami dan mentadabburi kitab suci Allah ini.

Daripada Uthman bin Affan, bahawa Nabi saw bersabda “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Atas kesedaran ini, selaku ‘brain child’ Al-Qari, YBhg. Dato’ Hj. Rizalman bin Ibrahim melalui Yayasan RI telah menyuntik dana permulaan sebanyak RM1 juta tanda komitmen beliau dalam usaha dakwah ini bagi memastikan ianya berjaya dari aspek perancangan, perlaksanaan dan objektif penubuhan Al-Qari. Dar Al Qari Resources (Dar Al-Qari) melalui pusat-pusat pengajiannya yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari atau ringkasnya Dar Al-Qari ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang bagi mempelajari ilmu Al-Quran yang memfokuskan keutamaan kepada golongan dewasa.

Dengan kewujudan Al-Qari, inshaAllah akan menarik mereka untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan seterusnya istiqomah dalam membaca, mentadabburi seterusnya memahami dan beramal dengan isi kandungan Al-Quran. Semoga dengan usaha Yayasan RI ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang besar buat mereka-mereka yang mengikuti pengajian di Dar Al Qari.

GALERI BULETIN

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

RINURTURE

Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program

INFO LANJUT ►
PRIHATIN BANJIR 2.0 × NUZUL AL QURAN

Program PRIhatin Banjir 2.0 ini telah dianjurkan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di kawasan Selatan, iaitu negeri Johor dengan dana sebanyak RM30,000.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

INFO LANJUT ►
RILIEF 2023

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran penerima negeri Johor di Opero Hotel, Johor Bahru yang juga penerima agihan pertama Rllief 3.0 ini iaitu 10 daripada 30 orang penerima pek makanan dan 1 rumah kebajikan (Asrama Kebajikan Ar Rayyan).

INFO LANJUT ►
RINURTURE

Pihak Yayasan RI telah bekerjasama dengan pihak Hayrat Relief Malaysia dalam menguruskan dan menggerakkan setiap butir program

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

RILIEF 2022

Kuala Lumpur: Bersempena dengan Ramadan yang akan menjelang bulan April nanti, buat julung kalinya satu projek kerjasama Yayasan RI dan Dar Al Qari Resources bakal dilancarkan.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.