MusafiRI Dhuyufurrahman

Menunaikan ibadah haji adalah impian setiap Muslim. Ibadah ini merupakan ibadah yang memerlukan bukan sahaja persiapan spiritual, tetapi juga fizikal dan material. Setiap tahun, jutaan jemaah dari pelbagai latar belakang dan negara berhimpun di Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima ini. Ada di antara mereka dalam kalangan Muasassah ini hadir dengan hati yang ikhlas meskipun dengan kemampuan yang amat terhad.

Sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni mereka, Pemegang Amanah mengambil satu inisiatif kerjasama strategik di antara Yayasan RI dan Tabung Haji dalam memperluaskan lagi impak jaRIah. Melalui projek ini, Yayasan RI sebagai penyumbang tertinggi dalam Sahabat Korporat Tabung Haji bagi sesi 2025, telah bersama-sama dengan penjariah-penjariah berpeluang untuk menyumbang kepada kemudahan dan kesejahteraan para Dhuyufurrahman serta menyokong mereka dalam menjalankan ibadah Haji dengan lebih mudah dan lancar. Sumbangan yang dinamakan sebagai Projek jaRIah Pek Kombo RItort MusafiRI Dhuyufurrahman ini telah memakan belanja sebanyak RM2,230,000.00. Golongan Sasaran jaRIah kali ini merangkumi 23,200 para Jemaah Haji 1446H yang melengkapkan lagi keperluan asas pemakanan jemaah ini bagi menjamin sepanjang ibadah haji berlangsung. Turut menerima, petugas yang terlibat dalam Operasi Haji Tanah Air dan Operasi Haji Tanah Suci.

Sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni para jemaah Haji dan petugas yang terlibat dalam musim haji tahun ini, satu inisiatif pengagihan Pek Kombo RItort MusafiRI Dhuyufurrahman telah dilaksanakan di beberapa lokasi utama seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan untuk mempermudahkan ibadah para Jemaah semasa di Tanah Suci, meningkatkan solidariti sosial dengan mengukuhkan semangat persaudaraan di antara umat Islam serta dalam masa yang sama dapat meraih ganjaran pahala dan keberkahan bersama di sisi-Nya. Yayasan RI bersama Pemegang Amanah berhasrat untuk melanjutkan inisiatif ini di masa hadapan kepada semua jemaah yang bakal menunaikan Ibadah Haji, memandangkan usaha ini disambut baik dan amatlah bermanfaat kepada jemaah mahupun penjariah-penjariah yang ingin terus memperluaskan jaringan sumbangan yang dibuat.

Agihan Pek Kombo RItort MusafiRI Dhuyufurrahman telah dijalankan di lokasi-lokasi berikut:

  1. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang
    Lokasi utama bagi perhimpunan, lapor diri dan perlepasan jemaah haji dari Lembah Klang dan sekitarnya.

  2. Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur
    Sebagai pusat pentadbiran utama Lembaga Tabung Haji, lokasi ini turut menjadi tempat tumpuan jemaah dan kakitangan yang bertugas.

  3. Menara Selborn, Tabung Haji Travel & Services
    Menara ini menjadi lokasi utama bagi urusan logistik dan perjalanan jemaah di bawah pengendalian Tabung Haji Travel.

  4. Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
    Pusat perhimpunan jemaah dari negeri Kelantan yang terkenal dengan semangat komuniti dan sambutan masyarakat setempat.

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ۝٢٧ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۝٢٨

“Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh, agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah...” (Surah Al-Hajj: 27–28)

Makna: Ayat ini menggambarkan perjuangan orang yang menunaikan haji dari tempat jauh. Membantu mereka (dengan sumbangan) adalah membantu meringankan urusan ibadah yang diperintahkan Allah.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT ►
MusafiRI Dhuyufurrahman

Menunaikan ibadah haji adalah impian setiap Muslim. Ibadah ini merupakan ibadah yang memerlukan bukan sahaja persiapan spiritual, tetapi juga fizikal dan material.

Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT ►

MusafiRI Dhuyufurrahman

Menunaikan ibadah haji adalah impian setiap Muslim. Ibadah ini merupakan ibadah yang memerlukan bukan sahaja persiapan spiritual, tetapi juga fizikal dan material.

INFO LANJUT ►

Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

INFO LANJUT ►

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

MusafiRI Dhuyufurrahman

AHLI SN