RIlief 5.0

Mensasarkan golongan Armalah, RIlief 5.0 menyantuni golongan Ibu Tunggal atau disebut sebagai Ibu Aminah selaku penerima utama projek kali ini. Golongan yang disasarkan pada kali ini adalah individu utama atau tunggak keluarga yang memikul tanggungjawab sepenuhnya dari segi kewangan, emosi, pendidikan, dan penjagaan anak-anak. Sebagai penghargaan khas untuk menghargai pengorbanan dan usaha mereka dalam menguruskan keluarga dalam keadaan serba kekurangan, SukaRIlawan telah berjaya menyampaikan agihan kali ini yang secara rasminya tamat pada majlis di Pulau Pinang pada 23 Februari 2025.

Bagi mengurangkan beban dalam persediaan menyambut bulan Ramadan dan membantu melaksanakan usaha dalam memantapkan penghayatan di bulan yang penuh barakah ini, sumbangan RIlief 5.0 dengan dana yang diperkenankan sebanyak RM650,000.00 merangkumi kategori-kategori berikut:-

  1. Kategori Sumbangan Wang Tunai dengan jumlah RM300.00 setiap bulan dalam tempoh setahun, bermula dari Mac 2025 hingga Februari 2026 kepada 38 penerima di seluruh negeri.

  2. Kategori Sumbangan Pek Makanan beserta wang tunai kepada 348 penerima.

  3. Kategori Sumbangan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada 5 buah keluarga terpilih.

  4. Kategori Tajaan Iftar kepada Institusi Kebajikan yang dimanfaatkan oleh 20 buah Institusi Kebajikan.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan dan keprihatinan, harapan Yayasan RI untuk terus berbakti kepada masyarakat disandarkan kepada seluruh penjaRIah sama-sama terus istiqamah dalam menyalurkan sokongan dan bantuan. Sokongan berterusan ini amat penting bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi pada masa akan datang dapat direalisasikan dengan cemerlang dari tahun ke tahun. Mudah-mudahan, dengan usaha bersama ini, kita dapat memperluas manfaat kepada lebih ramai masyarakat Islam, bukan sahaja di tanah air tercinta, bahkan merentasi sempadan antarabangsa.

Turut disertakan liputan media projek ini.

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT â–º
Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

Mensasarkan golongan Armalah, RIlief 5.0 menyantuni golongan Ibu Tunggal atau disebut sebagai Ibu Aminah selaku penerima utama projek kali ini.

INFO LANJUT â–º

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT â–º

Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

INFO LANJUT â–º

RIlief 5.0

Mensasarkan golongan Armalah, RIlief 5.0 menyantuni golongan Ibu Tunggal atau disebut sebagai Ibu Aminah selaku penerima utama projek kali ini.

INFO LANJUT â–º

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

RIlief 5.0

AHLI SN