PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat. Saluran sumbangan hanya bertumpu di Zon Utara (Kedah & Perak) dan Zon Selatan (Negeri Sembilan) dengan dana sebanyak RM213,500.00 yang diluluskan oleh Pemegang Amanah. Sumbangan tersebut merangkumi sumbangan yang bernilai RM500.00 setiap satunya yang disalurkan kepada 300 buah keluarga, termasuk Pek pRIhatin BanjiRI (Kit Ibadah & Set Makanan dan Minuman) berserta wang tunai yang berjumlah RM200.00 sahaja. Agihan dimulakan pada 9 Disember 2024 di Kedah, 10 Disember 2024 di Perak dan 11 Disember 2024 di Negeri Sembilan.

Berikut adalah senarai penerima agihan Pek pRIhatin BanjiRI:

  1. Kedah: PPS SMK Seri Tunku Indera Putra, Kedah sebanyak 39 buah keluarga yang menempatkan mangsa-mangsa yang menetap di Kg Budi, Kg Pasir, Kg Stesen Keretapi Sg Korok, Kg Titi Gajah, Kg Bagan dan Kg Selarong Padang.

  2. Kedah: PPS SK Tunjang, Kedah seramai 101 buah keluarga yang menetap di Kg Baru Bukit Jeram, Kg Changkat, Kg Raja, Kg Pulau Timbul dan Kg Telaga Batu.

  3. Kedah: PPS di SK Sri Gunong seramai 70 buah keluarga yang merupakan penduduk di Kg Gunung Keriang, Kg Gunung Ulu, Kg Alor Pier, Kg Alor Gonchar, Kg Sg Baru dan Kg Alor Melintang.

  4. Kedah: Penduduk Pokok Sena, Kedah kepada 20 buah keluarga dari kawasan Kg Bukit Mukim Derang, Kg Lengkuas dan Kg Menerong.

  5. Perak: PPS St. Paul & Dewan Serbaguna Tanjung Tualang, Daerah Batu Gajah, 45 buah keluarga yang terjejas dari Kg Air Papan, Kg Tanjung Tin, Kg Pasir dan Kg Tersusun.

  6. Negeri Sembilan: 25 buah keluarga di Taman Pinggiran Felda Sg Kelamah.

Serahan dibuat tepat pada waktunya kerana rata-rata mangsa telahpun mula pulang ke rumah untuk mengemas dan masih berulang alik ke PPS. Pihak Yayasan RI mendapat kerjasama baik daripada badan-badan yang bertanggungjawab seperti JKM dan Rela yang sama-sama mengesahkan maklumat dan mengenalpasti individu yang layak menerima bantuan bagi misi kali ini. Bagi agihan di kesemua PPS yang terlibat, kami juga telah menyampaikan pek makanan RItort kepada anggota-anggota yang terlibat seperti JKM, APM, ATM, Rela dan kepada Penghulu setempat sebagai tanda penghargaan. Rata-rata mereka menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana belum ada lagi bantuan seumpama Pek pRIhatin BanjiRI dan sumbangan wang tunai yang diterima oleh mangsa-mangsa setakat ini.

Setiap sumbangan yang dihulurkan, sama ada besar mahupun kecil nilainya, mampu membawa sinar harapan kepada mangsa-mangsa banjir. Semoga usaha murni penjaRIah ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

PROGRAM AKAN DATANG

Yayasan RI memartabatkan Islam melalui pendidikan Al-Quran di setiap sudut kehidupan anda.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT â–º
Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

RIlief 5.0

Mensasarkan golongan Armalah, RIlief 5.0 menyantuni golongan Ibu Tunggal atau disebut sebagai Ibu Aminah selaku penerima utama projek kali ini.

INFO LANJUT â–º

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

PRIhatin Banjir 3.0

Asbab bencana banjir yang melanda, Yayasan RI juga tidak melepaskan peluang melebarkan impak jariahnya dengan mengambil pendekatan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir ‘gelombang kedua’ yang kurang difokuskan dalam penyaluran sumbangan masyarakat.

INFO LANJUT â–º

Jelajah Bertam

Yayasan RI telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Bertam 2025 pada 22 hingga 24 Februari 2025, yang melibatkan siri lawatan ke beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang. Sebuah bas rasmi Yayasan RI telah digunakan sebagai pengangkutan utama sepanjang perjalanan program ini berlangsung.

INFO LANJUT â–º

RIlief 5.0

Mensasarkan golongan Armalah, RIlief 5.0 menyantuni golongan Ibu Tunggal atau disebut sebagai Ibu Aminah selaku penerima utama projek kali ini.

INFO LANJUT â–º

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

PRIhatin Banjir 3.0

AHLI SN