Projek tahunan RIlief 4.0 kali  ini mensasarkan golongan sasaran yang baharu iaitu Golongan Kelainan Upaya. Golongan ini adalah individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mereka ini mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat. Terdapat 7 kategori golongan Kelainan Upaya yang dikenalpasti seperti :-

  1. a) Orang Kelainan Upaya Fizikal
  2. b) Orang Kelainan Upaya Penglihatan
  3. c) Orang Kelainan Upaya Pendengaran
  4. d) Orang Kelainan Upaya Pertuturan
  5. e) Orang Kelainan Upaya Mental
  6. f) Orang Kelainan Upaya Pembelajaran
  7. g) Orang Kelainan Upaya Pelbagai

Sebanyak RM850,000.00 telah diluluskan oleh Pemegang Amanah dan dibelanjakan untuk RIlief 4.0 ini dan sumbangan dikategorikan untuk mencapai objektif RIlief 4.0. Seperti tahun-tahun terdahulu, tujuan projek ini adalah untuk membantu serta mengurangkan bebanan dalam persediaan menyambut bulan Ramadan dan dapat membantu melaksanakan usaha bagi memantapkan penghayatan di bulan yang penuh barakah ini. Selain itu, kita ingin memupuk inklusiviti di antara semua Masyarakat biarpun tidak sempurna.

Seramai 230 orang individu dan 26 buah rumah kebajikan yang terpilih sebagai penerima RIlief 4.0 mengikut kategori sumbangan masing-masing. Kategori sumbangan yang pertama ialah sumbangan wang tunai RM300.00 dalam tempoh setahun, bermula dari Mac 2024 hingga Februari  2025 yang diterima oleh 85 calon. Kategori sumbangan pek makanan beserta wang tunai RM250.00 turut diserahkan kepada 109 penerima. Bagi kategori sumbangan alat bantuan, termasuk wang tunai RM250.00 telah diagihkan kepada 36 penerima. Manakala diseluruh negeri, tajaan barangan terapi dan pembelajaran,tajaan projek khas, insentif penghargaan kepada pengajar dan penjaga pula diserahkan kepada 11 buah Institusi Kebajikan antaranya PDK Sri Ruai Sebuyau, PDK Mutiara Hati (Sarawak), PDK Daerah Putatan, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia(PERTIS) (Sabah), Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender (Perlis), PDK Tanjung Bendahara, PDK Langkawi(Kedah), PDK Titiwangsa, PDK Seri Setia dan Pertubuhan Baitul Rahmah (Selangor). 

Yayasan RI turut menaja berbuka puasa sebagai kategori tetap sepanjang bulan Ramadan di 15 buah institusi termasuk Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia, Bengkel Daya Klang, Rumah Anak Yatim Yayasan Bunga Raya, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Batu 9 (Kedah), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Marang (Terengganu), Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah (Sarawak), Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti Chembong, Rumah Sejahtera Rembau, Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti Mawaddah, Bengkel Seri Sembilan, Surau Nur Iman Lukut (Negeri Sembilan), Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS) (Sabah). Kos tajaan berbuka puasa ini telah menelan belanja sebanyak RM100,000.00

Pihak Yayasan RI berharap agar segala sumbangan ini dapat memberi manfaat dan impak yang mendalam kepada setiap penerima.

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.

Projek RIlief 4.0

jawatan