RILIEF: RAMADHAN 2022

RIlief 2022 diwujudkan bagi meringankan beban dan memudahkan urusan untuk penyediaan di bulan Ramadan agar penerima dapat fokus beribadah di bulan yang mulia ini.

RIlief 2022 diwujudkan bagi meringankan beban dan memudahkan urusan untuk penyediaan di bulan Ramadan agar penerima dapat fokus beribadah di bulan yang mulia ini.

RIlief 2022 merupakan satu program kemanusiaan yang diilhamkan oleh Dato’ Haji Rizalman Ibrahim. Program RIlief bertujuan untuk meringankan beban dan memudahkan urusan di bulan Ramadan agar penerima boleh mengerjakan ibadah dengan sempurna. Program yang kini dalam tahun kedua ini telah berjaya dijalankan dari 16 Mac 2022 sehingga 15 April 2022. 

Perasmian RIlief 2022 telah diadakan secara virtual pada 17 Mac 2022. Agihan pertama bermula di Perak pada 16 Mac 2022 kepada penerima-penerima yang telah dicalonkan oleh SukaRIlawan seluruh negara. Untuk makluman, program RIlief 2022 melibatkan usaha sama dengan PERKIM Wilayah Persekutuan dan merangkumi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Program RIlief 2022 kali ini telah menerima peruntukan sebanyak setengah juta ringgit. Berbeza dengan RIlief 2021 dimana pemberian berbentuk Pek Ramadan RIlief, bantuan agihan pada tahun ini memberikan lebih fokus kepada keperluan individu penerima, seperti barangan elektrik, barangan rumah, keperluan persekolahan, bekalan makanan dan juga barangan yang boleh membantu penerima menjana pendapatan. 

Namun begitu, bantuan RIlief 2022, tidak hanya terhad kepada yang sedemikian sahaja. Bantuan kerja pembaikan minima dan wang tunai juga diberikan kepada yang layak. 

Wakil daripada HQ Yayasan RI telah turun padang di setiap negeri bagi membantu dan memastikan SukaRIlawan dapat membuat pembelian dan agihan barangan dengan jayanya.

Alhamdulillah, seramai 300 orang asnaf yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, fisabilillah dan muallaf serta tambahan 150 penerima yang dicalonkan oleh pihak PERKIM telah menerima bantuan RIlief 2022. 

Program RIlief 2022 turut melibatkan tajaan buka puasa di beberapa madrasah dan rumah anak yatim di seluruh Malaysia. Antaranya:

 

ZON 1- PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF TERATAK UMI 

ZON 2- PUSAT KEBAJIKAN ANAK YATIM & IBU TUNGGAL HAJAH KAMARIAH

ZON 3- MAAHAD TAHFIZ  BUSTANUL ARIFIN

ZON 4- RUMAH PERLINDUNGAN SAFIYAH

ZON 5- RUMAH PERLINDUNGAN NUR HATI 

 

PULAU PINANG- MADRASAH AL AMINIAH BERTAM TAHFIZ

KEDAH- KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ INTAN (TINTA)

KELANTAN- AKADEMI TAHFIZ DARUL QUWWAH

PERKIM WILAYAH PERSEKUTUAN

TERENGGANU- PUSAT PENGAJIAN PONDOK AL MADINI 

TERENGGANU- BAITUL QURAN CENTRE

SARAWAK- PUSAT PENGAJIAN MURNI

 

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.