Yayasan RI berperanan utama sebagai tunjang kepada aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Ini juga termasuk membantu masyarakat mendalami ilmu Al-Quran. Oleh sebab itu, antara projek-projek yang digerakkan oleh Yayasan RI, salah satunya adalah Pusat Pengajian Al-Quran Dar Al Qari di mana Johor menjadi lokasi pertama pusat pengajian tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Pengajian Al-Quran Dar Al Qari di Johor, boleh klik pautan di bawah.

Selain daripada Dar Al Qari, Yayasan RI juga berperanan membantu mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Sumbangan jariah daripada masyarakat digunakan sebaik mungkin untuk disalurkan kepada golongan ini agar kehidupan mereka dapat diteruskan lebih lebih lagi di waktu mencabar pada masa kini. Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang begitu besar kepada semua. Ada yang kehilangan pekerjaan, hilang punca rezeki dan mereka ini memerlukan sedikit pertolongan untuk meneruskan hidup.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Qabisah bin Mukhariq Al-Hilali r.a,dia berkata, Rasullullah SAW bersabda ,

“Hai Qabisah,sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh¬† (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan. Pertama, orang yang menanggung hutang, untuk mendamaikan dua orang yang saling bersengketa, atau seumpamanya.Maka, orang itu boleh meminta-minta sehingga hutangnya lunas. Jika hutangnya telah lunas, tidak boleh lagi dia meminta-minta.

Kedua, orang yang terkena bencana sehingga harta bendanya musnah.Orang itu boleh meminta-minta sehingga dia mendapatkan sumber kehidupan yang seharusnya baginya.

Ketiga, orang yang ditimpa kemiskinan, disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin, orang itu boleh meminta-minta, sehingga dia mendapatkan sumber penghidupan yang seharusnya.Selain tiga golongan itu, haram baginya untuk meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu.”

(Hadis Riwayatt Muslim, Sahibu Muslim, Juz 2, No. Hadis, 1044)

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAR AL QARI

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H