UCAPAN PENGASAS YAYASAN RI

Segala pujian dan sanjungan dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya YAYASAN RI telah berjaya diperbadankan di Malaysia dan mulakan operasinya seawal September 2020. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka sudi memberi sumbangan di platform biayasama JARIAH sehingga terlahirnya YAYASAN RI ini.

Pandemik Covid-19 telah membawa perubahan kepada norma baharu manusia sejagat secara keseluruhannya. Dan, kerana pandemik ini jugalah banyak pihak yang terkesan sehingga kehilangan sumber pendapatan dan masih banyak pihak yang terabai kerana norma baharu ini.

YAYASAN RI akan sentiasa konsisten selari dengan objektif dan misi penubuhannya, komited dalam mewujudkan strategi dan pelan tindakan yang mampan bagi memastikan dana yang disumbangkan mempunyai kesinambungan yang memanfaatkan mereka yang layak.

Menyahut tuntutan kepantasan penyampaian informasi dan maklumat terkini ini, YAYASAN RI telah berjaya mewujudkan laman sesawang (web) ini. Laman sesawang ini berperanan untuk menyampaikan informasi semasa, maklumat berkaitan YAYASAN RI serta rakan JaRIah kami selain bertindak sebagai mekanisme untuk mengangkat imej YAYASAN RI.

Kami, YAYASAN RI menjemput anda sekalian untuk terus melayari dan bersetia info serta amat mengalu-alukan sebarang ulasan, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan dan menambah keberkesanannya. Harapan kami agar landasan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mempergiatkan dan melapangkan usaha bersedekah agar misi dan visi YAYASAN RI dapat digapai dan direalisasikan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Dato’ Haji Rizalman Bin Ibrahim,
Pengasas & Pemegang Amanah Yayasan RI

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H