SARINGAN PELAJAR DAR AL QARI JOHOR BAHRU SESI 01/2021

Johor : Pada  7 & 8 Januari 2021 yang lalu berlangsungnya sesi saringan pertama bagi pengambilan pelajar untuk Al-Qari Johor di Pasir Gudang, Johor dan segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNya. Sesi ini juga turut disertai oleh Pengasas Yayasan RI & Dar Al-Qari iaitu Dato' Haji Rizalman Ibrahim. Suasana berlangsung dalam keadaan terkawal dan mengikut prosedur SOP yang ditetapkan walaupun ramai lagi yang ingin mendaftar.

Dalam sesi ini, para peserta akan ditemubual oleh para pengajar iaitu Ustaz dan Ustazah beberapa soalan bagi menilai tahap kefahaman mereka di dalam membaca Al-Quran supaya lebih mudah untuk membantu mereka dalam sesi pembelajaran nanti.

Suasana semasa Saringan Sesi 1/2021 di Dar Al Qari Johor

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H