PEMBUKA TIRAI RILIEF 2021

Selangor: Bersempena dengan Ramadan yang akan menjelang bulan April nanti, buat julung kalinya satu projek kerjasama Yayasan RI dan Dar Al Qari Resources bakal dilancarkan secara rasminya di satu majlis di ibu negara Mac ini.

‘Ramadan RIlief 2021’ yang diilhamkan oleh pengasas Yayasan RI iaitu Dato’ Haji Rizalman ini turut disertai sukarelawan terpilih dan digelar ‘SukaRIlawan’ yang bertindak selaku penjejak asnaf di seluruh negara.

Antara asnaf yang dijejaki oleh SukaRIlawan, satu keluarga ini menarik perhatian pengasas Yayasan RI, Dato’ Haji Rizalman Ibrahim sendiri untuk turun padang menziarahi dan menyantuni keluarga nenek Fatimah ini.

Simpati dengan nasib keluarga ini, Dato’ Rizalman berhasrat untuk membantu keluarga nenek tersebut sepanjang hayatnya. Walaupun sudah lanjut usianya, nenek Fatimah masih cekal menjaga anak-anaknya yang istimewa.

Membuka tirai program RIlief ini, keluarga nenek Fatimah merupakan keluarga pertama yang menerima pek RIlief dari pihak Yayasan RI. Yayasan RI berharap program RIlief ini dapat dijalankan secara konsisten dan JaRIah yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh mereka yang layak.

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H