L A T A R  B E L A K A N G

Hasrat murni penubuhan YAYASAN RI mempunyai pendekatan yang sedikit berbeza di mana objektif utama YAYASAN RI menumpukan pengajian Kitab suci Al-Quran melalui penubuhan Pusat Pengajian Al-Quran DAR AL-QARI serta cawangan-cawangan Al-Qari untuk menzahirkan kemuliaan Islam sementelah membentuk komuniti Islam yang progresif. Tidak hanya memfokuskan kepada golongan asnaf, YAYASAN RI turut menyantuni golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa, fahaman politik, usia, jantina, kebolehan atau kepercayaan dengan memperuntukkan pelbagai aspek sokongan sama ada dari segi kewangan, pendidikan, perubatan ataupun dokongan moral.

Dengan keizinan Allah yang Maha Esa, YAYASAN RI beriltizam untuk sentiasa proaktif dan terus komited bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai. Sesungguhnya konteks holistik penyediaan ilmu akhirat itu adalah luas, selaras dalam memustaidkan ummah menuju ke alam abadi, YAYASAN RI percaya bahawa melalui strategi inovatif dan sokongan yang meluas terhadap inisiatifnya, YAYASAN RI mampu memberi impak positif terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan yang mampan selain melahirkan individu-individu yang berintegriti, berupaya serta berkebolehan yang bukan sahaja mampu berbakti kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara malah memacu ke arah keharmonian dan kemakmuran global.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

M A T L A M A T   K A M I

MATLAMAT KAMI

I

Membentuk, mendidik, mendorong, memupuk serta memperkasakan idealogi dan semangat masyarakat Islam moden dengan menyediakan landasan-landasan untuk menyebarkan kemuliaan ilmu dan pengetahuan Al-Quran.

II

Menawarkan pertolongan dan bantuan kemanusiaan di masa kesusahan, bantuan bencana serta memperbaiki taraf hidup manusia disebabkan kemiskinan, bencana alam, kuasa Tuhan atau apa-apa sebab lain dengan memperuntukkan keperluan asas, pendidikan, perubatan atau apa-apa bentuk sokongan yang diperlukan dan untuk menyertai projek-projek atau rancangan dalam melaksanakan program-program yang berkaitan bagi tujuan memperbaiki taraf hidup masyarakat dan kesejahteraan komuniti sejagat.

III

Menjadi medium untuk pembinaan serta pengukuhan komuniti sejagat terutamanya bagi golongan fakir, ibu-ibu tunggal, anak yatim, serta pihak-pihak yang memerlukan pemulihan moral dan sosial atau kebajikan tidak terhad kepada sokongan dan dokongan, biasiswa, tajaan atau menampung perbelanjaan keperluan sara hidup.

P R O G R A M  Y A Y A S A N  R I

PROGRAM YAYASAN RI

Selain daripada keutamaan Yayasan RI bagi memperolehi dana atau sumbangan untuk tujuan pembinaan masjid dan pemberian sumbangan kepada pihak-pihak yang memerlukan, Yayasan RI juga komited dalam menawarkan pertolongan bagi komuniti yang memerlukan serta menjadi medium untuk pembinaan serta pengukuhan komuniti sejagat.

Dar Al-Qari

Pusat Pengajian Dar Al-Qari

JaRIah

Tabung Biayasama JaRIah

Komuniti

Pengukuhan Komuniti Sejagat

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H