YAYASAN RI komited untuk mengembangkan kemuliaan, kehebatan dan keunggulan ilmu pengetahuan kitab suci Islam, AL-QURAN. YAYASAN RI mengenal pasti bahawa pendidikan AL-QURAN adalah penting dalam mengasuh dan membentuk individu terutamanya golongan muda merupakan tunjang utama negara di masa hadapan. DAR AL-QARI adalah fokus utama kami dalam mencapai objektif YAYASAN RI.
YAYASAN RI dengan sedaya upayanya akan menyantuni mana-mana pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini. YAYASAN RI telah memperuntukkan sumbangan untuk keperluan asas, pendidikan, perubatan atau apa-apa bantuan yang diperlukan khalayak agar mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi.
YAYASAN RI sentiasa bersedia untuk bekerjasama serta berkhidmat untuk pemulihan sosial, rohani dan jasmani demi kebaikan komuniti sejagat.
M A T L A M A T K A M I
MATLAMAT KAMI
I
Membentuk, mendidik, mendorong, memupuk serta memperkasakan idealogi dan semangat masyarakat Islam moden dengan menyediakan landasan-landasan untuk menyebarkan kemuliaan ilmu dan pengetahuan Al-Quran.
II
Menawarkan pertolongan dan bantuan kemanusiaan di masa kesusahan, bantuan bencana serta memperbaiki taraf hidup manusia disebabkan kemiskinan, bencana alam, kuasa Tuhan atau apa-apa sebab lain dengan memperuntukkan keperluan asas, pendidikan, perubatan atau apa-apa bentuk sokongan yang diperlukan dan untuk menyertai projek-projek atau rancangan dalam melaksanakan program-program yang berkaitan bagi tujuan memperbaiki taraf hidup masyarakat dan kesejahteraan komuniti sejagat.
III
Menjadi medium untuk pembinaan serta pengukuhan komuniti sejagat terutamanya bagi golongan fakir, ibu-ibu tunggal, anak yatim, serta pihak-pihak yang memerlukan pemulihan moral dan sosial atau kebajikan tidak terhad kepada sokongan dan dokongan, biasiswa, tajaan atau menampung perbelanjaan keperluan sara hidup.