Matlamat utama Pusat Pengajian Al-Quran Dar Al Qari adalah untuk memberi ruang kepada masyarakat mempelajari Al-Quran dan kemudahan ini disediakan secara percuma. Menerusi platform ini, dengan keizinanNya, pihak-pihak yang berinfaq akan Allah gandakan ganjaran-Nya dan dengan amal jariah inilah ‘saham’ yang akan terus mengalir pahalanya walaupun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh.’” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Segala sumbangan dan JARIAH akan dimanfaatkan degan pelbagai aktiviti atau projek yang seiring dengan objektif penubuhan Yayasan RI selain menerajui, membiayai dan membangunkan Pusat Pengajian Al-Quran Dar Al Qari. Tidak lupa juga pelbagai aktiviti yang berkesinambungan ke arah keindahan Islam itu sendiri turut dipergiatkan melalui Dar Al Qari Resources ini. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Dar Al Qari Resources, sila klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dar Al Qari.

PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAR AL QARI

Surah Al-Baqarah Ayat 261

Pusat Pengajian Dar Al Qari Johor Bahru

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan anda untuk terus berhubung dengan kami dan menyuarakan pendapat, cadangan dan penambahbaikan bagi menambah keberkesanan inisiatif kami.

J A R I A H