PRIHATIN

Program PRIhatin ditubuhkan oleh Yayasan RI pada Disember 2021, untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Program PRIhatin ditubuhkan oleh Yayasan RI pada Disember 2021, untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Disember 2021, sebahagian daerah semenanjung di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang telah dilanda fenomena banjir besar yang menyebabkan hampir keseluruhan kawasan ditenggelami air. Untuk Program PRIhatin banjir ini, Yayasan RI telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM 200,000.00 untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Biarpun berada di luar negara, Pemegang-pemegang Amanah Yayasan RI amat terkesan dan tidak putus mengikuti perkembangan mangsa banjir dan memastikan tiada pihak yang ketinggalan untuk dibantu.

Pada misi awal bantuan, pihak Yayasan RI telah turun padang meninjau beberapa kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa terjejas banjir di sekitar Putra Heights bagi mendapatkan maklumat bantuan yang diperlukan.

Selain Putra Heights pihak Yayasan RI dengan kerjasama sukaRIlawan negeri juga telah menghantar bantuan PRIhatin Banjir  ke Hulu Langat, Meru di Selangor, Jelebu, Negeri Sembilan dan Karak, Pahang. Antara barangan yang disumbangkan oleh Pihak Yayasan RI adalah seperti pakaian, barangan pembersihan diri,  RI Sanitizer, sepasang kelengkapan ibadah serta barangan-barangan keperluan yang diminta oleh mangsa-mangsa terjejas.

Kesinambungan daripada Program PRIhatin Banjir ini pihak Yayasan RI telah mengambil inisiatif untuk meneruskan misi bantuan pasca banjir. Kali ini kami mengambil pendekatan dengan kerja pembersihan beberapa rumah kediaman mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk. Antara kawasan yang terlibat dalam misi kali ini ialah Hulu Langat, Bukit Canggang di Selangor, Melaka dan juga Karak, Pahang.

SukaRIlawan negeri turut turun padang membantu membersihkan kediaman mangsa dengan peralatan pembersihan yang telah disediakan oleh pihak Yayasan RI.

Pihak Yayasan RI juga turut membantu Rumah Baitul Hidayah di Puchong yang terkesan akibat banjir. Bantuan yang dihulurkan adalah pembaikan beberapa bahagian dalaman rumah tersebut dan juga penukaran karpet di Surau kegunaan penghuni Baitul Hidayah.

Program Agihan Al-Quran diadakan dengan Kerjasama tenaga-tenaga pengajar DAQR Kuala Lumpur. Antara penerima-penerima yang disantuni oleh pihak pengajar adalah termasuk mereka yang menetap di Hulu Langat, Bukit Canggang dan Seri Muda di Selangor dan juga masjid dan surau di kawasan berkenaan.

Memanjatkan kesyukuran dan terharu dengan kedatangan pihak DAQR penerima Al-Quran berasa terharu kerana kebanyakannya  memaklumkan Al-Quran mereka telah rosak dan ada yang telah dihanyutkan oleh banjir.

Mangsa-mangsa turut membuat luahan dan berkongsi pengalaman mereka dan amat memerlukan sokongan dari semua sudut. Di atas JaRIah orang ramai jugalah, program ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan kepada pihak-pihak yang layak.

Program PRIhatin adalah satu lagi inisiatif Yayasan RI yang merangkumi misi kemanusiaan dan termasuk juga bantuan bencana alam kepada mereka yang terjejas.

Di bawah kategori ini juga, RIsinar adalah termasuk sebagai satu jenis bantuan yang diberikan kepada  mereka yang terkesan oleh pandemik covid-19 dan kehilangan sumber pendapatan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Belanjawan sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan kepada isi rumah yang terjejas lebih-lebih lagi mereka yang putus pendapatan, hilang pekerjaan atau pun memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk perubatan.

Sejurus itu, program PRIhatin ini diwujudkan semula semasa kejadian banjir yang melanda negara ini, dengan itu Yayasan RI juga telah memperuntukkan belanjawan sebanyak RM 200,000.00 untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Pemegang-pemegang Amanah Yayasan RI semasa itu sedang berada di luar negara dan masih terus komited mengikuti perkembangan mangsa banjir dan memastikan tiada pihak yang ketinggalan untuk dibantu.

MARI BERINFAQ

MARI BERINFAQ

Yayasan RI mengalu-alukan jaRIah anda untuk terus menyokong dan mendokong pelbagai inisiatif dan usaha konsisten kami mencapai matlamat utama Yayasan RI. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua yang berinfaq.